JT Akademi


JT Akademi is a private vocational training institute approved by Technical and Vocational Education Division of Ministry of Education Malaysia.

Courses offered:

1. Subsea Welding Technology Kimpalan dalam air menyediakan satu kaedah untuk memasang atau membaiki di dalam air. Ini merupakan satu teknologi amat berguna yang boleh membaiki kapal-kapal yang rosak semasa bencana alam seperti ribut atau peperangan. Kimpalan dalam air adalah sebuah perindustrian yang amat khusus dan menawarkan pekerjaan di pelantar minyak atau industri perkapalan dan tentera.Dalam kursus ini, selain daripada didedahkan kepada teori dan amali dalam proses kimpalan, pelatih tetap akan diatur untuk mempelajari kemahiran menyelam dan menjalankan tugas kimpalan di bawah air. Pelajar akan mempunyai pengetahuan tentang fisiologi menyelam, keselamatan menyelam, persekitaran dalam air, komunikasi dan lain-lain. Secara tidak langsung, pelajar turut berpeluang menjadi seorang penyelam yang profesional. Di dalam kursus ini, pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan dan sebagainya juga. Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer. 
2. Oil & Gas Welding Technology Pendedahan terhadap teori dan amali dalam proses kimpalan yang melibatkan keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Di dalam kursus ini, pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan dan sebagainya. Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer. Latihan ini merangkumi kemahiran merancang, menyelia, merekabentuk, mengimpal dan membuat kerja-kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan. Program ini akan menjadikan pelajar kimpalan lebih kompetitif dengan menyerapkan kemahiran menyelia, mengurus serta daya analisis dan pemikiran kritikal. Jurukimpal yang mahir dan berkelayakan sangat diperlukan oleh pelbagai industri terutama industri minyak dan gas.

 

JT Akademi
Ground Floor, Plot no. 50, survey Lot no .3122 of Parent Lot 2988, Jalan Usahajaya, Muara Tabuan, 93350, Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone : 082-370078
Fax: 082 – 365687, 082 – 367687
E-mail: corporate_aitc@yahoo.com