PROGRAMMES

SKM & SVM

PEMBUATAN PAKAIAN WANITA

DRESSMAKING

TA-011-1:2012


TEMPOH LATIHAN

6 bulan

METODOLOGI LATIHAN

Sesi pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara teori, demonstrasi, perbincangan, praktikal/amali, lisan dan penilaian.

SISTEM PENILAIAN

Penilaian teori dan amali, peperiksaan akhir.

Objektif

  • Memberi latihan kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak dan peluang pekerjaan mahir kepada belia di dalam bidang Pembuatan Pakaian Wanita
  • Melahirkan usahawan muda di kalangan belia dan mampu menguasai teknologi, berfikiran progresif dan dinamik serta berani mengambil risiko dalam menuju wawasan 2020
  • Menanam semangat berdikari, bertanggungjawab, berdisiplin, kreatif dan sedar pentingnya kualiti dengan aspirasi negara.


Kurikulum

Kurikulum kursus memberi keutamaan kepada pembelajaran berorientasikan praktikaldan penekanan yang mudah dari aspek pembelajaran teori. Sukatan pelajaran kursus ini diadaptasikan daripada program NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Kandungan kurikulumnya adalah seperti berikut:
  • CASUAL WEAR MAKING
  • TRADITIONAL WEAR MAKING
  • NIGHT DRESS MAKING
  • CHILDREN WEAR MAKING
  • MATERNITY WEAR MAKING


Peluang Kerjaya

Setelah pelatih menamatkan kursus dengan jayanya, mereka
  • Berpeluang menjadi tenaga pengajar (TP)/ Pegawai Penilai (PP) di Pusat-pusat bertauliah JPK/ Swasta.
  • Bekerja di industri fabric dan pembuatan pakaian.
  • Melibatkan diri dalam bidang perniagaan contohnya membuka butik pakaian.