Sesi pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara teori, demonstrasi, perbincangan, praktikal/amali, lisan dan penilaian.
SISTEM PENILAIAN
Penilaian teori dan amali, peperiksaan akhir.
Objektif
Melahirkan pengajar yang kompeten dan diiktiraf sebagai Pegawai Latihan Vokasional (VTO I-031-3) bagi memenuhi keperluan Akta 652 (NASDA).
MenggalakKan pengajar mengikuti Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Melahirkan pengajar yang dapat menyediakan latihan yang bersistematik
Melahirkan pengajar yang berkebolehan mengaplikasi kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berkesan
Melahirkan pengajar yang dapat merealisasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan didalam pendidikan kemahiran dan industri semasa.
Kurikulum
Kurikulum kursus memberi keutamaan kepada pembelajaran berorientasikan praktikaldan penekanan yang mudah dari aspek pembelajaran teori. Sukatan pelajaran kursus ini diadaptasikan daripada program NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Kandungan kurikulumnya adalah seperti berikut:
DESIGN TRAINING COURSE
DEVELOP TEACHING AND LEARNING RESORUCES
CONDUCT TRAINING
PERFORMSUPERVISION, MENTORING, COACHING AND CONSELING IN TRAINING
IMPLEMENT COMPETENCY BASED TRAINING (CBT)
ORGANIZE ASSESSMENT
MANAGE TRAINING FACILITIES
IMPLEMENT TO CURRICULUM ACTIVITIES
PERFORM ADMINISTRATIVE FUNCTIONS
Peluang Kerjaya
Setelah pelatih menamatkan kursus dengan jayanya, mereka
Berpeluang menjadi tenaga pengajar (TP)/ Pegawai Penilai (PP) di Pusat-pusat bertauliah JPK/ Swasta.
Berpeluang menjadi Tenaga Pakar dan didaftarkan dalam Direktori Pakar Industri Negara (DPIN).
Berpeluang membuka/ membangunkan Pusat Bertauliah di dalam bidang kemahiran tertentu di mana Sijil Pegawai Latihan vokasional menjadi pra-syarat untuk tujuan tersebut.