News

Kolej i-Systems Menawar Diploma Amalan Pengurusan Halal yang Pertama di Miri

July 2018

(Dari Kiri) Cik Sitti Rahmah, Pegawai Pendaftaran dan Puan Penny Rudang, Ketua Eksekutif Kolej i-Systems Miri memegang surat-surat kelulusan dari MQA dan Kementerian Pelajaran Tinggi untuk menawarkan Diploma dalam Amalan Pengurusan Halal.

Miri:- Permintaan global bagi produk halal semakin meningkat terutamanya makanan dan minuman. Memandangkan permintaan yang semakin meningkat, Kerajaan Malaysia menubuhkan dan menjadi hab makanan halal antarabangsa. Di Sarawak, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Hab Halal Tanjung Manis sebagai pusat kepada pembangunan industri halal, terutamanya dalam bidang akuakultur, pertanian, pelancongan, pengeluaran makanan, produk kesihatan dan kosmetik. Oleh kerana perkembangan pesat ini, permintaan terhadap profesional mahir yang berpengetahuan dalam industri Halal pun akan meningkat.  

Diploma Amalan Pengurusan Halal yang di tawarkan oleh Kolej i-Systems Miri menyediakan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar untuk membentuk dan memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat dengan perniagaan Industri Halal.

Bidang kerjaya yang dapat diceburi oleh para graduan adalah seperti Eksekutif/Penyelia Makanan & Minuman, Eksekutif/Penyelia Jualan, Penyelia Restoran, Juruaudit Halal, Eksekutif Halal, Penyembelih Halal,Pengusaha Barangan & Servis Halal, Pegawai Kualiti, Inspektor Kesihatan/Pegawai Diet, Pengawai Penguatkuasa Halal dan Pegawai Jaminan Kualiti.

Kursus diploma ini memfokuskan kepada perkembangan pengetahuan dan perlaksaan amalan halal dalam pelbagai industri terutamanya operasi, pengurusan dan penyediaan servis makanan kepada para pelanggan. Ianya adalah suatu bentuk pembelajaran di mana para graduan dapat mempraktikkan ilmu pengetahuan, kefahaman dan keupayaan dalam menyediakan servis halal yang terbaik serta memastikan amalan-amalan halal diterapkan dalam semua bentuk servis berkenaan dengan perindustrian halal. Bagi memastikan pelajar bersedia untuk menghadapi dunia sebenar industri halal, mereka akan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran sesuai dengan kehendak industri halal.

Halal bukan hanya satu cara hidup bahkan merupakan suatu industri global. Dengan kepentingan sektor komersil di seluruh dunia,  kini Industri Halal sudah menjadi penyumbang yang penting dalam semua aspek ekonomi.

Selepas tamat program ini, para graduan dapat:

  • Menimba dan mengaplikasikan pengetahuan di dalam pengurusan halal dan industri keusahawanan
  • Menunjukkan kemahiran yang praktikal di dalam bidang pengurusan halal dan keusahawanan
  • Menunjukkan ciri-ciri yang baik sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam pembentukan peranan yang efektif di dalam sesebuah komuniti
  • Menunjukkan nilai-nilai yang baik di dalam menegakkan tatasusila yang beretika dalam pengurusan halal dan industri keusahawanan
  • Berkomunikasi secara efektif samada secara bertulis atau lisan dan juga dapat bekerja secara berkumpulan
  • Berbincang dan menyelesaikan masalah asas berkenaan dengan pengurusan halal serta keusahawanan melalui kaji semula, penilaian dan penyelidikan
  • Menunjukkan keterampilan di dalam pembentukan diri serta peka terhadap isu semasa yang berkenaan dengan pengurusan halal dan industri keusahawanan
  • Menunjukkan kemahiran asas kepimpinan dalam amalan pengurusan halal dan keusahawanan

Syarat kelayakan untuk masuk Diploma dalam Amalan Pengurusan Halal adalah wajib lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit untuk mana- mana subkek.

Pelajar dan ibu bapa dinasihatkan untuk datang ke kolej, yang terletak di Taman Tunku untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus ini. Untuk pendaftaran, sila kemukakan slip keputusan SPM dan NRIC.

Pinjaman PTPTN juga disediakan. Pelajar yang dari luar bandar Miri akan disediakan dengan penginapan asrama secara percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 085-615107. Untuk permohonan yang lebih cepat, sila Whatsapp / SMS nama penuh anda dan hasil SPM ke 016-8793987.

Mengenai i-Systems College Miri

i-Systems College Miri telah mendidik lebih daripada 500 lepasan sekolah SPM dalam bidang Kejururawatan dan Kesihatan Sekutu. Kolej ini telah menghasilkan kira-kira 300 graduan untuk menjadi Jururawat Berdaftar, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Juruteknik Makmal Perubatan dan kakitangan Pengurusan Penjagaan Kesihatan dalam tempoh 5 tahun yang lalu. Graduan bekerja di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Pada masa ini, kolej menawarkan pelbagai kursus TVET dan diploma untuk menyediakan pelajar untuk mendapatkan kerjaya yang bermanfaat dalam Teknologi Elektrik, Awal Kanak-kanak, Sistem Maklumat, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Halal.

(Press Release)


  Return to News Listing