News

Kolej i-Systems Miri menawarkan Diploma dalam Sistem Maklumat (Information Systems) untuk Lepasan SPM menceburi kerjaya dalam Ekonomi Digital

July 2018

Miri: Sejajar dengan transformasi digital dunia, Kerajaan Negeri Sarawak telah memberi penekanan dalam menyediakan infrastruktur yang mencukupi dan modal insan yang berkelayakan bagi menggerakkan negeri ini ke arah ekonomi digital.

Ekonomi digital menggunakan teknologi terkini untuk melakukan aktiviti yang kita lakukan tetapi dengan lebih cepat dan efisien.

Ekonomi digital adalah aktiviti ekonomi yang terhasil daripada perhubungan dalam talian setiap hari di kalangan orang, perniagaan, data, peranti dan proses.

Perkakasan dan perisian komputer, peranti mudah alih, data, tenaga pekerja dan proses atau sistem harus ada untuk menjadikan ekonomi digital berfungsi.

Baru-baru ini, Kolej i-Systems Miri telah melancarkan satu program baru iaitu Diploma Sistem Maklumat untuk membolehkan calon-calon yang berkelayakan mempersiapkan diri memasuki tenaga kerja ekonomi digital.

Diploma Sistem Maklumat adalah program selama 2.5 tahun (pengajian sepenuh masa) yang memberikan pelajar kemahiran, pengalaman dan keupayaan untuk memahami pengurusan perniagaan dan pengurusan sistem ICT berkaitan yang sangat penting dalam ekonomi digital hari ini.

Pelajar akan memperolehi ilmu yang berkaitan dengan bidang pengurusan perniagaan dan sekaligus membina kemahiran teknikal dalam pengurusan, aplikasi dan penyelenggaraan sistem ICT asas berkaitan yang digunakan dalam perniagaan seperti pengurusan sistem maklumat, e-dagang, aplikasi web, sekuriti komputer dan rangkaian komputer.

Graduan layak mencari pekerjaan dalam pelbagai bidang perniagaan dan dunia IT.  Kerja ini melibatkan pengurusan maklumat, pelaksaan IT dalam bidang pentadbiran, pemasaran, e-dagang, atau pendidikan dan latihan.

Sebahagian daripada jawatan yang ditawarkan untuk lulusan Diploma Sistem Maklumat adalah Penyelia IT/MIS/Pegawai Sokongan, Pentadbiran Pejabat, IT atau Tenaga Pengajar MIS dan eksekutif perniagaan.

Syarat kelayakan untuk masuk ke Diploma Sistem Maklumat adalah wajib lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit untuk mana- mana subjek termasuk Matematik.

Pelajar dan ibu bapa dinasihatkan untuk datang ke kolej, yang terletak di Taman Tunku untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus ini. Untuk pendaftaran, sila kemukakan slip keputusan SPM dan NRIC.

Pinjaman PTPTN juga disediakan. Pelajar yang dari luar bandar Miri akan disediakan dengan penginapan asrama secara percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 085-615107. Untuk permohonan yang lebih cepat, sila Whatsapp / SMS nama penuh anda dan hasil SPM ke 016-8793987

Mengenai i-Systems College Miri

i-Systems College Miri telah mendidik lebih daripada 500 lepasan sekolah SPM dalam bidang Kejururawatan dan Kesihatan Sekutu. Kolej ini telah menghasilkan kira-kira 300 graduan untuk menjadi Jururawat Berdaftar, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Juruteknik Makmal Perubatan dan kakitangan Pengurusan Penjagaan Kesihatan dalam tempoh 5 tahun yang lalu. Graduan bekerja di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Pada masa ini, kolej menawarkan pelbagai kursus TVET dan diploma untuk menyediakan pelajar untuk mendapatkan kerjaya yang bermanfaat dalam Teknologi Elektrik, Awal Kanak-kanak, Sistem Maklumat, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Halal.

(Press Release)


  Return to News Listing