Sesi pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara teori, demonstrasi, perbincangan, praktikal/amali, lisan dan penilaian.
SISTEM PENILAIAN
Penilaian teori dan amali, peperiksaan akhir.
Objektif
Pada akhir program, pelatih dijangka dapat:
Mengenalpasti komponen-komponen asas kenderaan motor dan penyebab
Melakukan kerja-kerja baikpulih dan penggantian alat ganti kenderaan asas seperti:
Penapis udara, penapis minyak dan penapis bahan api
Menservis kenderaan
Memeriksa sistem bahan api kenderaan petrol dan diesel
Troubleshooting kenderaan
Melakukan rombak rawat atas (top overhaul) kenderaan
Memeriksa sistem elektrik asas kenderaan seperti ignition system, starting system, charging system dan lighting system
Mengganti komponen asas sistem brek kenderaan (ABS SYSTEM)
Mengganti komponen asas sistem gantungan kenderaan
Mengganti komponen sistem steering manual
Mengganti tayar kenderaan
Memeriksa sistem tranmisi dan cekam kenderaan
Merombak rawat enjin kenderaan
Merombak rawat turbo charger
Membaikpulih kerosakan sistem bahan api kenderaan
Mengenal komponen-komponen asas dashboard kenderaan
Merombak rawat komponen elektrikal utama kenderaan seperti Alternator, Starter Motor dan Distributor.
Mengenal dan mengganti komponen-komponen asas Sistem EFi kenderaan
Mengenal dan mengganti sensor kenderaan
Memasang Diesel Fuel Pump pada kenderaan Diesel
Merombak rawat komponen brek utama kenderaan
Membaik pulih komponen sistem gantungan kenderaan
Merombak rawat sistem steering kenderaan(EPS SYSTEM)
Melakukan kerja alignment roda kenderaan
Mengenalpasti kerosakan pada komponen cekam dan transmisi kenderaan.
Menservis automatic transmission
Mengenalpasti dan menukarganti komponen sistem penghawa dingin kenderaan
Mengganti jenis-jenis bearing dibahagian belting dan bahagian tayar kenderaan.
Dan lain-lain
Kurikulum
Kurikulum kursus member keutamaan kepada pembelajaran berorientasikan praktikal dan penekanan yang mudah dari aspek pembelajaran teori. Sukatan pelajaran kursus ini diadaptasikan daripada program NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Kandungan kurikulumnya adalah seperti berikut:
AUTOMOTIVE WORKSHOP ADMINISTRATION & SUPERVISION
PETROL / GASOLINE ENGINE MANAGEMENT SYSTEM DIAGNOSTIC
DIESEL ENGINE PERFORMANCE DIAGNOSTIC
ELECTRONIC CONTROL TRANSMISSION / TRANSAXLE DIAGNOSIS
ANTILOCK BRAKING SYSTEM (ABS) DIAGNOSTIC AND RECTIFICATION
TURBOCHARGER SYSTEM RECTIFICATION WORK
VEHICLE TEST DRIVE
SUPPLEMENTARY RESTRAINT SYSTEM (SRS) AIRBAG INSTALLATION & DIAGNOSTIC