Sesi pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara teori, demonstrasi, perbincangan, praktikal/amali, lisan dan penilaian.
SISTEM PENILAIAN
Penilaian teori dan amali, peperiksaan akhir.
Objektif
Memberi latihan kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak dan peluang pekerjaan mahir kepada belia di dalam bidang Pembuatan Pakaian Wanita
Melahirkan usahawan muda di kalangan belia dan mampu menguasai teknologi, berfikiran progresif dan dinamik serta berani mengambil risiko dalam menuju wawasan 2020
Menanam semangat berdikari, bertanggungjawab, berdisiplin, kreatif dan sedar pentingnya kualiti dengan aspirasi negara.
Kurikulum
Kurikulum kursus memberi keutamaan kepada pembelajaran berorientasikan praktikaldan penekanan yang mudah dari aspek pembelajaran teori. Sukatan pelajaran kursus ini diadaptasikan daripada program NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Kandungan kurikulumnya adalah seperti berikut:
CASUAL WEAR MAKING
TRADITIONAL WEAR MAKING
NIGHT DRESS MAKING
CHILDREN WEAR MAKING
MATERNITY WEAR MAKING
Peluang Kerjaya
Setelah pelatih menamatkan kursus dengan jayanya, mereka
Berpeluang menjadi tenaga pengajar (TP)/ Pegawai Penilai (PP) di Pusat-pusat bertauliah JPK/ Swasta.
Bekerja di industri fabric dan pembuatan pakaian.
Melibatkan diri dalam bidang perniagaan contohnya membuka butik pakaian.