Sesi pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara teori, demonstrasi, perbincangan, praktikal/amali, lisan dan penilaian.
SISTEM PENILAIAN
Penilaian teori dan amali, peperiksaan akhir.
Objektif
Pada akhir program, pelatih dijangka dapat:
Mengetahui dan memahami asas sistem rangkaian dan cara-cara pemasangannya.
Berkebolehan melakar dan melukis “Plan Layout” mengikut kepiawaian yang ditentukan menggunakan alat bantuan lukisan teknik/software dengan betul – Berkebolehan memasang dan menguji dan membaikpulih sesuatu rangkaian dengan teknik yang betul dan sesuai.
Mengetahui komponen-komponen komputer serta spesifikasi dan penggunaannya.
Berkebolehan mengaplikasikan komputer dengan betul dan selamat.
Memahami langkah-langkah keselamatan penggunaan komputer ‘company security policy’.
Meningkatkan pengetahuan kea rah menceburi bidang rangkaian komputer.
Kurikulum
Kurikulum kursus memberi keutamaan kepada pembelajaran berorientasikan praktikaldan penekanan yang mudah dari aspek pembelajaran teori. Sukatan pelajaran kursus ini diadaptasikan daripada program NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Kandungan kurikulumnya adalah seperti berikut:
COMPUTER SYSTEM SET-UP
SERVER INSTALLATION
NETWORK CABLE INSTALLATION
COMPUTER NETWORK SET-UP
COMPUTER NETWORK MAINTENANCE
MOBILE DEVICE CONFIGURATION
Peluang Kerjaya
Setelah pelatih menamatkan kursus dengan jayanya, mereka berpeluang menceburkan diri dalam kerjaya seperti: