PROGRAMMES

Sijil Kemahiran Malaysia & Diploma Kemahiran Malaysia

OPERASI SISTEM KOMPUTER

COMPUTER SYSTEM OPERATION

IT-020-3:2013 (COPTPA)

For further information, please call 082-369887


Click thumbnail for larger version


TEMPOH LATIHAN

21 bulan

METODOLOGI LATIHAN

Sesi pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara teori, demonstrasi, perbincangan, praktikal / amali, lisan dan penilaian.

SISTEM PENILAIAN

Penilaian kerja kursus teori dan amali, peperiksaan akhir.

Objektif

Untuk menjana tenaga mahir yang:-
  • Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang komputer;
  • Berkemahiran dalam mengendalikan struktur pelanggan dan pelayan dalam sistem komputer yang merangkumi aspek konfigurasi pelayan, pengurusan rangkaian dan kawalan keselamatan sistem komputer.
  • Berkemahiran dalam pengurusan penyelenggaraan sistem komputer;
  • Berkemahiran dalam komunikasi;
  • Mempersiapkan pelatih untuk industri


Kurikulum

Kurikulum kursus memberi keutamaan kepada pembelajaran berorientasikan praktikal dan penekanan yang mudah dari aspek pembelajaran teori. Sukatan pelajaran kursus ini diadaptasikan daripada program NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Kandungan kurikulumnya adalah seperti berikut:

CU01: Computer System Set Up
CU02: Computer System Maintenance
CU03: Computer System Repair
CU04: Server Installation
CU05: Server Maintenance
CU06: Computer Network Connection Set Up
CU07: Mobile Device Configuration



Hasil Pembelajaran

Setelah tamat program ini, pelatih akan mendapat pengetahuan, kemahiran serta pendedahan dalam:-

  • Sistem komputer;
  • Pengendalian struktur pelanggan dan pelayan;
  • Pengurusan penyelenggaraan sistem komputer
  • Kemahiran komunikasi;
  • Persiapan industri


Peluang Kerjaya

Setelah pelatih menamatkan kursus dengan jayanya, mereka berpeluang menceburkan diri dalam kerjaya seperti:
  • Juruteknik Sistem Komputer
  • Juruteknik IT
  • Eksekutif Perkhidmatan IT
  • Eksekutif Sokongan IT
  • Usahawan Kedai Komputer
  • Tenaga Pengajar di Pusat Bertauliah Awam / Swasta