PROGRAMMES

Sijil Kemahiran Malaysia & Diploma Kemahiran Malaysia

OPERASI KAUNTER HADAPAN

FRONT OFFICE OPERATION

I551-002-3:2017 (COPTPA)

For further information, please call 082-369887


Click thumbnail for larger version


TEMPOH LATIHAN

21 bulan

METODOLOGI LATIHAN

Sesi pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara teori, demonstrasi, perbincangan, praktikal / amali, lisan dan penilaian.

SISTEM PENILAIAN

Penilaian kerja kursus teori dan amali, peperiksaan akhir.

Pengenalan Program

Program Operasi Kaunter Hadapan Tahap 3 ini direka untuk melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang perkhidmatan kaunter hadapan, khususnya dalam industri hospitaliti, pelancongan, dan perkhidmatan awam. Penekanan diberikan kepada pembangunan kemahiran komunikasi, pengurusan pelanggan, penyelesaian masalah, serta penggunaan sistem operasi kaunter hadapan yang efisien.

 

Objektif

  • Membangunkan pengetahuan dan kemahiran dalam menjalankan tugasan operasi kaunter hadapan dengan cekap dan profesional.
  • Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti dengan berlandaskan etika kerja dan kepuasan pelanggan.
  • Mengendalikan sistem tempahan, daftar masuk/keluar, dan dokumentasi yang berkaitan secara sistematik.
  • Menyelesaikan aduan dan masalah pelanggan dengan pendekatan mesra pelanggan dan proaktif.
  • Menyesuaikan diri dengan kehendak industri perkhidmatan melalui latihan praktikal dan simulasi dunia sebenar.

 

Kurikulum

Kurikulum Kurikulum kursus memberi keutamaan kepada pembelajaran berorientasikan praktikal dan penekanan yang mudah dari aspek pembelajaran teori. Sukatan pelajaran kursus ini diadaptasikan daripada program NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Kandungan kurikulumnya adalah seperti berikut:


CU01: Front Office Telephone Services CU02: Front Desk Operation
CU03: Concierge Services CU04: Guest Service Operation

 

Hasil Pembelajaran Program

Setelah tamat program ini, pelatih akan dapat:-

PLO 1: Menunjukkan kefahaman terhadap prinsip dan prosedur operasi kaunter hadapan mengikut piawaian industri.
PLO 2: Melaksanakan tugas-tugas utama operasi kaunter hadapan seperti pengendalian daftar masuk/keluar, pengurusan tempahan dan pemprosesan transaksi.
PLO 3: Mengendalikan perkhidmatan pelanggan dengan komunikasi yang berkesan dan sikap profesional.
PLO 4: Mengaplikasikan sistem dokumentasi dan teknologi maklumat dalam operasi kaunter hadapan.
PLO 5: Menyelesaikan isu dan aduan pelanggan secara efektif menggunakan pendekatan diplomatik dan penyelesaian masalah.
PLO 6: Menunjukkan pematuhan terhadap peraturan keselamatan, etika kerja dan penampilan diri dalam persekitaran kerja kaunter hadapan.

 

Peluang Kerjaya

Setelah pelatih menamatkan kursus dengan jayanya, mereka berpeluang menceburkan diri dalam kerjaya seperti:

  1. Pegawai / Pengurus Kaunter Hadapan
  2. Penyambut Tetamu
  3. Ejen Tempahan
  4. Pembantu Khidmat Pelanggan
  5. Penyelia Perkhidmatan Pelanggan
  6. Pengajar di Pusat Latihan Kemahiran Awam / Swasta