PROGRAMMES

Sijil Kemahiran Malaysia & Diploma Kemahiran Malaysia

PROSES KIMPALAN ARKA KEPINGAN LOGAM-TAHAP 3

SHIELDED METAL ARC WELDING-LEVEL 3

MC 024-3:2012 (Kuching)

For further information, please call 082-369887


Click thumbnail for larger version


TEMPOH LATIHAN

18 bulan

METODOLOGI LATIHAN

Sesi pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara teori, demonstrasi, perbincangan, praktikal/amali, lisan dan penilaian.

SISTEM PENILAIAN

Penilaian teori dan amali, peperiksaan akhir.

Objektif

Melahirkan seseorang individu yang berketrampilan dalam pelbagai konteks yang memerlukan tanggungjawab persendirian dan autonomi, kemahiran teknikal dan penyeliaan. Pada akhir program, pelatih dijangka dapat:
  • Mematuhi prosedur latihan dengan selamat apabila melakukan kerja kimpalan dan kerja yang berkaitan.
  • Menafsirkan lukisan-lukisan kimpalan dan arahan pengajaran.
  • Menyukat, menanda, menghampar bahan kerja dan memotong bahan menggunakan alatan gas pemotong (gas cutting equipment), disc cutter, power saw dan air plasma cutting.
  • Menyediakan sambungan-sambungan, padan dan memaku kepingan-kepingan kerja sebelum dikimpal.
  • Menyedia dan mengeset mesin kimpalan jenis SMAW dan alatan-alatannya sebelum melakukan kimpalan pada plat setebal 6mm hingga 12mm, dan pada saiz paip nominal daripada 2 inci hingga 8 inci pada kedudukan 1G dan 6G.
  • Menyediakan dan membimbing latihan bagi proses prapanas pada benda kerja.
  • Melakukan ujian mekanikal pada keingan kerja kimpalan.
  • Memeriksa sambungan-sambungan kimpalan secara visual menggunakan “inspection kit”.


Kurikulum

Kurikulum kursus memberi keutamaan kepada pembelajaran berorientasikan praktikal dan penekanan yang mudah dari aspek pembelajaran teori. Sukatan pelajaran kursus ini diadaptasikan daripada program NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Kandungan kurikulumnya adalah seperti berikut:

SHIELDED METAL ARC WELDING (SMAW) FOR FILLET WELD 1F,2F,3F,4F, BUTT WELD 1G, 2G,3G,4G,5G, 6G (UP-HILL AND DOWN-HILL) AND 6GR
  • Carry out safety assessment at work area
  • READ DRAWINGS AND SPECIFICATION
  • MANAGE MATERIALS AND CONSUMABLES
  • PERFORM THERMAL AND MECHANICAL CUTTING
  • PREPARE JOINTS / MATERIAL FOR WELDING
  • PERFORM PRE HEATING
  • PERFORM WELDING USING SMAW PROCESS
  • PERFORM QUALITY CONTROL / INSPECTION
  • PERFORM SUPERVISORY FUNCTION
SUBMERGED ARC WELDING (SAW) 1G


Peluang Kerjaya

Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, industri perabot, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan. Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai tukang kimpal di kilang penapis minyak, bengkel membaiki dan menyelenggara kereta motor, alatan elektrik dan juga loji jentera perindustrian atau menjalankan pekerjaan sendiri dengan mengadakan pelbagai kerja mengimpal serta membuat kerja secara kontrak.